Campur aduk

Bismillahhirahmanirahim and Assalamualaikum.   


Lama tak jenguk NEWPOST ni. Lama tak update. Lama tak bukak belog ni. Lama tak bla bla bla. Sekarang dah tak bosan. Sebab aku dah jadi perempuan bekerjaya :D Bangun pagi mandi siap pergi kerja. Malam balik tidur. Begitulah sampai aku masuk belajar untuk degree nanti. Aku bukan kerja office. Bukan cikgu, bukan kerani, bukan accountan, bukan posmen *mengarut! Alah setakat kerja dengan ayah je. Itupun kerja jage cafe makan. Hari-hari tengok duit banyak. Heeee.


Tak lama lagi nak masuk bulan Ramadhan. Tak sabar! Ayah ade bukak bazar ramadhan dekat Bandar Seri Putra ni.  Siapa lagi kalau bukan aku yang kene jage gerai. Jemput datang. Haha lambat lagi! 


Result dah keluar! Weeeeeeeee. Alhamdulilah :') Tak sia-sia pengorbanan aku time practical tu. Syukur padaMU Ya Allah :') Ini hadiah untuk kedua orang tuaku. Hmm, kata orang pilihan keluarga adalah lebih baik. Aku diminta untuk sambung belajar dekat IPTA. Bukan Unisel. Agak sedih sebab niat dihati nak jimat masa belajar. Tapi parents berharap sangat aku dapat masuk IPTA. Aku berdoa agra pilihan mereka adalah pilihan yang terbaik buat aku dan masa hadapan nanti. Amin yarabbb :')


Alhamdulilah ekonomi keluarga dah stabil since cafe dah bukak ni. Aku mula simpan duit sikit-sikit. Takut sesak-sesak nak guna duit takdelah sampai kene pau adik darjah 4 belanja topup. Itu sangat memalukan -.-' * Tutupmukaaaaaaaaaaaaaaaa! And simpan hasrat nak beli handphone. Heeee ;) Harap tercapai. Sebab niat ni selalu terkubur bila ade duit lebih sikit mulalah aku menyalur ke tabung "SHOPPING" itu.


Alhamdulilah hubungan dengan "TEMAN ISTIMEWA" semakin baik. Semakin hari semakin sayang. Semakin rindu. Semakin merasa rapat walaupun secara zahirnya kami jauh dan jarang berjumpa. Semoga ini yang terakhir berlaku perkara mcm ni. Aminn yarabb :)


Mata mengantuk. Kaki lenguh. Pinggang sakit. Badan letih. Hamba mengundur diri. Assalamualaikum :)






Terima kasih sebab sudi bace entry menggarut and sudi singgah (:

3 comments:

jaya jr said...

nice blog and happy blogging :)

elsyhamee said...

ayah jual ape syaiii?? nnt post!!! leyh jln2 baazar snee

Inspektor Azim said...

tumpang bce cni jgk, jom ke blog sy jgk ye, follo taw
Tak Mungkin Benar