I call them FRIEND !

Bismillahhirahmanirahim and Assalamualaikum. 


Aku percaya sejak kecik lagi kita punya rakan baik bukan? Aku juga begitu. Kawan yang sentiasa ada di sisi ketika saikt, susah dan sedih. Kita tak punya teman lelaki tapi kita punya kawan.  Masa aku umur 6 tahun, masa tu aku dekat kampung nenek aku. Ada sorang kawan aku ni. masa ni dia comel sangat. Putih melepak. Nenek aku selalu bawak aku pergi rumah dia sebab nenek nak tempah kerepek dekat sana. Hehe, aku ingat sebab boleh dikatakan everyday aku jumpa kawan aku tu. Bila aku masuk darjah satu, aku pindah KL. Bila balik kampung, aku dah tak jumpa mana dia sebab dia pun dah pindah :( Aku ingat nama dia Wa. Wa je aku panggil. Nama penuh aku tak ingat. 


Masuk sekolah rendah, aku jumpa kawan baru. Wanie nama dia. Rumah dia selang 4 rumah je dari rumah aku. We all selalu g sekolah together. Dekat sekolah, cikgu, kawan semua panggil aku dengan dia kembar. Muka nak sama tapi aku rase mcm tak pun. Selalu rehat sama-sama. Bila nak amek result UPSR, dia datang rumah aku then g sama-sama. Dia pandai sikit dari aku. Kitaorang apply masuk kelas arab sama-sama. Tapi dia dapat kelas pertama, aku kelas kedua. Masuk menengah, dah mula renggang sebab dia dengan kawan kelas dia then aku dengan kawan aku. Masa Form 2 aku pengawas so kawan dengan budak pengawas je. Naik Form 3, sekolah nak gabungkan kelas arab jadi 1 kelas. So aku dengan dia jadi rapat balik. Pergi sekolah sama-sama. Masa tu dah ade handphone. Bila nak keluar rumah pagi-pagi je mesti misscall dia suruh keluar rumah.


Lepas je PMR, dia pindah sekolah. Masuk MRSM dekat Perlis. Aku masuk kelas akaun. Jumpa lagi kawan baru. Nama dia Sahira. Pergi la ceruk mana pun , aku ada dengan dia. Study sama-sama. Rehat sama-sama. Bila dia sedih, aku happykan dia. Kitaorang pernah gagal BM sama-sama. Haha kelakar masa tu terkejut beruk sebab BM tak pernah FAIL ! Bila tiba hari camping dua-dua excited. Dia naik jadi Setiausaha aku pulak jadi Bendahari. Kitaorang masuk Pengakap. Kawad kaki, camping. Sampai laa Form 5, dia setia menjadi kawan aku. Still study sama-2. Bila habis SPM, masing-masing ada cita-cita. Aku nak jadi cikgu. Dia pun sama. Aku masuk Unisel tapi dia masuk Unitar. Sejak dari tu kitaorang dah tak rapat :( Masing-masing sibuk dengan assignment. Bila aku cuti, dia tak cuti and sebaliknya. Ha , adalah  2 3 kali dalam setahun kitaorang meet dekat rumah aku. Dia selalu story dekat aku pasal boyfriend dia. Dia sedih, aku selalu advice dia. 


Bila dah masuk alam IPT, aku jumpa lagi seorang kawan. Nama dia Adiera. Since semester 1 aku satu rumah dengan dia . Tapi bila dah start sem4, bukan serumah lagi tapi sebilik :) Aku saaaaayanggg sangat dekat dia. Tak tau laa kenapa dengan dia ni lain mcm sket sygnya. Maybe dia teman sebantal, sebilik, semangkuk makan kot. G mana-mana ade dia kecuali g kelas je tak sebab dia course lain. Puasa sama-sama, sahur, solat, tidur, main game, msg, call, skype, outing semua dengan dia :) Tapi dengan dia aku pernah ada perselisihan faham. Dia susah nak menangis tapi hari tu dia TER- menangis sebab problem tu. Heeee, dia comel bila nangis. Aku tak pernah salahkan dia. Sebab aku syg dia :) Dia selalu teman aku jumpa boyfriend aku. Nasihat dekat aku, pujuk aku. 


Lepas habis belajar dekat Unisel, aku practical dekat Sg. Buloh. Masa practical 3 bulan tu, duduk rumah sewa dengan kawna-kawan kelas. Start situ aku mula rapat dengan dorang. Ecah, Aira, Syu and Puteri. Dorang selalu tolong bila aku susah. Ecah selalu hantar kitaorang kalau nak g mana-mana sebab dia sorg je yang bawak kete time tu. Heee , bila nak balik, dia hantar g KTM, bila skit dia hantar g Klinik. Aira pulak, selalu tolong aku time tengah xde duit. Heee, boleh pinjam duit dekat dia and dia selalu belanja makan :p Puteri dgn Syu selalu tolong masak bila kitaorang lapar. Saaayang dorang !


Lepas habis belajar, aku duduk rumah ayik online tak habis-habis. Lepas tu selalu chat dengan sorang kawan ni dekat Twitter. Nama dia Syakira. Dia selalu cerita problem dia dekat aku. Tapi kitaorang tak pernah jumpa. Tetibe rasa syg pulak dia even dalam twitter . Oh pernah sekali terserempak dekat Shah Alam. Hehe, terperanjat kita terjumpa dia. Ada sorang lagi kawan dekat twitter. Nama dia Intan. Dia comel belajar dekat Perlis. Selalu jugak tweet-tweet dengan dia even tak pernah langsung kenal and jumpa. Sayang dia jugak :)


Oh masa Form 3, aku jugak pernah rapat dengan Farhana. Dia ada lesung pipit. Comel sangat. Pernah ponteng tuition sebab nak pergi Times Square. Dia selalu jugak datang rumah aku lepak-lepak and pun pernah g rumah dia lepak-lepak. Kitaorang pernah masak sama-sama dekat rumah dia. Hehe kelakar !


Wa, Wanie, Sahira, Adiera, Farhana, Syakira, Intan, Ecah, Aira, Syu and Puteri.. Syai sayaaaang sangat dekat korang :') Tak kisah laa kawan dulu ke kawan sekarang ke, pernah jumpe ke tak ke yang penting ikatan persahabatan kita pernah lalui kan dan syai harap kita kawan sampai bila-bila :) Me Love You :* Muachh !




Terima kasih sebab sudi bace entry menggarut and sudi singgah (:

4 comments:

Fafa Aziz said...

Awww! itu sayakah? :DD hehek, ada masak kat rumah kau jugak. yang sup sayur tu . Ouch I love you too darling!! <3 Muah pipi kiri kanan.

SYAIDATUL AKMAL said...

Haha , kau laaa tu :D

dyra said...

aduhyaii , malu nyaaa . ternangis dekat kau . kikikiki . love you more la sayanggggggggggggg .

SYAIDATUL AKMAL said...

Haha , kenangan weh <3