Cycling Rider TIP

Bismillahhirahmanirahim and Assalamualaikum.  


Semalam aku tidur oukul 2. yeay! Dah boleh tidur awal, even tak la awal mana. Tapi nak banding dengan before ni pukul 4, kadang-kadang pukul 5. Haishhh teruk! Pagi tadi lepas subuh baru nak lena kejp mak dah kejut suruh bangun siap-siap. Urghhhh malasnya! Hari ni ada aktiviti berbasikal dekat Taman Impian Putra dekat rumah aku ni. Bukan calang-calang tau orang yang masuk. Semua rider punya. Yang import punya pun datang sekali memeriahkan aktiviti kitaorang. Aku tengok dorang pakau suit pun dah tau yang dorang ni memang selalu join cycling dekat luar. Pepagi tu aku tweet member aku tanye g ke tidak. Nasib ade kawan. Aku pun tunggu depan rumah dia then gerak g padang. Mula-mula senamrobic dulu. Baru 5 minit dah berpeluh. Fuhhhh! Dah habis berjoget-joget semua, dorang pun ready untuk melepas. Eh berlepas -.-' 








Sementara tunggu dorang sampai balik dekat padang, macam-macam aktiviti dah disediakan untuk penduduk dekat sini. Untuk budak kecik, pertandingan mewarna, yang besar sket, sukaneka. Yang untuk parents pun ade, pertandingan tarik tali. yang ni aku join! haaa jap g aku cerita. Tengah aku syok-syok sembang dgn member aku, mak panggil suruh jage budak-budak mewarna sebab AJKnyaa pergi berlumba basikal -.-' Ya Allah, tahu-tahu je aku ni cikgu tadika suruh jage budak-budak ni. Tak pasa-pasal jadi urusetia program ni. Dapat laa tag. HAHA. Kesian kawan aku, tinggal dia mcm tu je. Dia merajuk balik rumah. 



Peserta berbasikal pun dah sampai. Dorang cycling sejauh 20KM tau. Perrghhh! Jauh kot. Okay now nak cerita pasal tarik tali. Mula-mula malas laa nak masuk, aku tengok badan semua besar-besar je kan. Takut la nak join. Kang team aku semua kecik-kecik memang terheret laa semua. Haha, pastu mak aku suruh jugak join. dengan perasaan malas g reg nama dekta kaunter. Semua tak kenal. Hahaha, perempuan ade 3 group. So perlawanan pun dah nak start. Bukak kasut bagai, amek tempat, pegang tali. 1 2 3 prittttt! Dum! jatuh kene tarik. HAHA:) sangat kelakar okay. gelak-gelak je makcik-makcik ni. Nama group yang tak boleh tahan tu. HOT MAMA! Apakah aku sekali HOT MAMA? hahaha. Gambar takde:( semua dekat abang cameraman. 

Matahari pun dah naik tinggi, sebelum balik kitaorang disajikan dgn makanan Sup Meletoppss! Perghh sedap gila habaq hang! Makan sekali nak sepuluh kali. Haha. Dah settle makan, cabutan bertuah pulak. Tapi sayangnya, dalam 60 lebih hadiah, 1 pun kami tak dapat :(  Bukan sebab tak bertuha tapi sebab tak beli pun no -.- Maka dengan itu, balik laaa aku sekeluarga ke rumah. Haha. Ahad yang sangat seronok. lepas ni dorang plan nak buat family day dekat PD pulak . Can't wait for that! Harap-harap jadi. Amin! :)



Sikit je gambar :( Camera takde bateri. Adik aku boleh tertinggal pulak chager dekat rumah kawan dia -.-'



Baju merah tu mama kita :) 

Okay itu je lahh nak kongsi cerita dengan korang. Lain kali aku update lagi. Assalamualaikum! :) Bai :*

*Muka tambah teruk dengan jerawat :( pori-pori semakin bertambah dan membesar! Benci tengok muka sendiri! 











Terima kasih sebab sudi bace entry menggarut and sudi singgah (:

No comments: