Memori tercipta :')

Salam .


Hari ni 21 April 2012 . Sedang melepak di rumah sendiri . Makan ditanggung mama ayah . Kembali normal seperti dulu . Tiada lagi resah tidak cukup tidur . Mata bengkak sebab buat Abm and Lesson Plan . Tiada lagi menu makan Maggi . Tiada lagi kelihatan rumah macam tongkang pecah . Tiada lagi baju tinggi menggunung tidak basuh kerana malas . Hanya bersenang lenang di rumah memikirkan masa depan yang masih kabur-kabur .
Otak masih ligat berfikir di mana harus aku sambung belajar . YA ! itulah aku . Aku Syaidatul Akmal .




Perasaan berbelah bagi sama ada aku perlu suka atau pun sedih meninggalkan anak-anak murid aku di Sekolah Kebangsaan Seri Kundang ? Semuanyaa comel-comel walaupun kadang-kadang buat aku rasa menyampah sebab terlalu nakal . Kadang-kadang mencabar kesabaran aku sehingga aku memukul mereka . Tapi bila dah namanyaa budak , mereka tak kisah . Asalkan mereka seronok berada di sekolah dan mereka happy apa yang mereka buat . Kau marahla macam mana pun , mereka tetap akan senyum and sayang dekat kau :') Itu yang buat aku tersentuh . Murid yang selalu aku marah , itu lah yang bagi aku hadiah bila hari terakhir aku dekat sana :') Aku rindu nak bersama mereka walaupun baru sehari meninggalkan mereka . Rindu ingin memarahi ketika mereka melawan kata-kataku . Tapi aku terpaksa menerima kenyataan bahawa aku adalah seorang guru practical . Hanya diperlukan 2 bulan 2 minggu . Dan selepas itu , aku tidak diperlukan lagi di sekolah itu :(




Mood sedih dah habis :) 19 April 2012 ! Sehari sebelum aku and kawan-kawan aku habis practical dekat sekolah tu , cikgu-cikgu pra sekolah ada buat jamuan perpisahan untuk kitaorang and sekaligus birthday party
budak-budak ni .Semuanya berjalan lancar . Alhamdulilah :D AND kitaorang dapat present dari student . Terharu :') Ada jugak yang ingat kat cikgu dia yang garang macam singa ni kan . Hihihi . Makan kek , bihun, karipap and paling banyak jajan la kan . Biasalah budak-budak . Pengalaman practical sangat best ! And for sure kawan-kawan aku yang dekat sekolah lain pun mesti lagi happening dari kitaorang . Ada yang siap plan keluar ramai-ramai :)











Terima kasih sebab sudi bace entry menggarut and sudi singgah (:

No comments: