Hubungan cinta tidak direstui ????

Assalamualaikum....


Hi semua ? Sihat ? Hhahaha , aku takde benda lain kan nak tanye . Okay suka hati laaaaa . Aku nak kongsi satu benda dengan korang . Ini takde kene mengena dengan siapa-siapa okay . Just nak kongsi information jea :) Okay mesti ramai yang ada boyfriend kan ? And mesti jugak ada yang parents tak suka dengan pilihan korang . Ada sebab-2 kenapa benda ni berlaku . Jom kita siasat ~ :D




-          Ibu bapa kita telah mempunyai pilihanya sendiri :
Walaupun secantik atau setampan mana gadis/lelaki yang kita bawa pasti tidak akan diterima oleh ibu bapa kita kerana mereka telah memilih atau mempunyai jodoh yang sesuai dan mungkin juga telah berpakat sesama rakan-rakan atau saudara-mara yang akan satukan kita dengan anaknya apabila meningkat dewasa.
-          Status yang berlainan :
Perkara ini sering terjadi pada masyarakat kita sekarang, dimana kedua ibu bapa sangat mementingkan status pada menantunya. Tidak kira status dalam apa juga sekalipun seperti status negerinya, status agamanya, status taraf ekonominya, status perkahwinan dan sebagainya.
-          Jarak usia yang berlebihan ;
Sebenarnya cinta tidak pernah mengenal erti usia jika sudah ditakdirkan dia adalah jodoh kita walaupun usianya melebihi daripada kita sendiri kerana ia telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. Cuba lihat bagaimana Baginda Rasullulah yang usia 25 tahun berkahwin dengan Siti Khatijah yang usia 40 tahun dan hidup bahagia tetapi masih juga tidak boleh diterima segelintir ibu-bapa kita.
-          Tidak pandai mengambil hati
Mungkin kedua ibu-bapa kita telah berusia 50 tahun keatas dan mungkin mereka juga mengalami perubahan dari segi emosi atau sedikit sensitif. Oleh itu pasangan kita haruslah pandai untuk mengambil hatinya supaya mereka dapat menerima pasangan kita seadanya.
-          Tiada adap pada orang tua
Ini perkara yang paling dititik berat oleh kedua ibu-bapa kita, walaupun pasangan kita tidak secantik mana, tidak memiliki kekayaan atau sebagainya kerana itu semuanya tidak dipandang oleh kedua ibu-bapa kerana yang menjadi keutamaanya adalah adap dan tatasusila yang tinggi bagi menjamin kebahagiaan rumahtangga pada masa akan datang.


# SUMBER : Google 






Terima kasih sebab sudi bace entry menggarut and sudi singgah (:

No comments: