Campur aduk

Bismillahhirahmanirahim and Assalamualaikum.   


Lama tak jenguk NEWPOST ni. Lama tak update. Lama tak bukak belog ni. Lama tak bla bla bla. Sekarang dah tak bosan. Sebab aku dah jadi perempuan bekerjaya :D Bangun pagi mandi siap pergi kerja. Malam balik tidur. Begitulah sampai aku masuk belajar untuk degree nanti. Aku bukan kerja office. Bukan cikgu, bukan kerani, bukan accountan, bukan posmen *mengarut! Alah setakat kerja dengan ayah je. Itupun kerja jage cafe makan. Hari-hari tengok duit banyak. Heeee.


Tak lama lagi nak masuk bulan Ramadhan. Tak sabar! Ayah ade bukak bazar ramadhan dekat Bandar Seri Putra ni.  Siapa lagi kalau bukan aku yang kene jage gerai. Jemput datang. Haha lambat lagi! 


Result dah keluar! Weeeeeeeee. Alhamdulilah :') Tak sia-sia pengorbanan aku time practical tu. Syukur padaMU Ya Allah :') Ini hadiah untuk kedua orang tuaku. Hmm, kata orang pilihan keluarga adalah lebih baik. Aku diminta untuk sambung belajar dekat IPTA. Bukan Unisel. Agak sedih sebab niat dihati nak jimat masa belajar. Tapi parents berharap sangat aku dapat masuk IPTA. Aku berdoa agra pilihan mereka adalah pilihan yang terbaik buat aku dan masa hadapan nanti. Amin yarabbb :')


Alhamdulilah ekonomi keluarga dah stabil since cafe dah bukak ni. Aku mula simpan duit sikit-sikit. Takut sesak-sesak nak guna duit takdelah sampai kene pau adik darjah 4 belanja topup. Itu sangat memalukan -.-' * Tutupmukaaaaaaaaaaaaaaaa! And simpan hasrat nak beli handphone. Heeee ;) Harap tercapai. Sebab niat ni selalu terkubur bila ade duit lebih sikit mulalah aku menyalur ke tabung "SHOPPING" itu.


Alhamdulilah hubungan dengan "TEMAN ISTIMEWA" semakin baik. Semakin hari semakin sayang. Semakin rindu. Semakin merasa rapat walaupun secara zahirnya kami jauh dan jarang berjumpa. Semoga ini yang terakhir berlaku perkara mcm ni. Aminn yarabb :)


Mata mengantuk. Kaki lenguh. Pinggang sakit. Badan letih. Hamba mengundur diri. Assalamualaikum :)






Terima kasih sebab sudi bace entry menggarut and sudi singgah (:

Cycling Rider TIP

Bismillahhirahmanirahim and Assalamualaikum.  


Semalam aku tidur oukul 2. yeay! Dah boleh tidur awal, even tak la awal mana. Tapi nak banding dengan before ni pukul 4, kadang-kadang pukul 5. Haishhh teruk! Pagi tadi lepas subuh baru nak lena kejp mak dah kejut suruh bangun siap-siap. Urghhhh malasnya! Hari ni ada aktiviti berbasikal dekat Taman Impian Putra dekat rumah aku ni. Bukan calang-calang tau orang yang masuk. Semua rider punya. Yang import punya pun datang sekali memeriahkan aktiviti kitaorang. Aku tengok dorang pakau suit pun dah tau yang dorang ni memang selalu join cycling dekat luar. Pepagi tu aku tweet member aku tanye g ke tidak. Nasib ade kawan. Aku pun tunggu depan rumah dia then gerak g padang. Mula-mula senamrobic dulu. Baru 5 minit dah berpeluh. Fuhhhh! Dah habis berjoget-joget semua, dorang pun ready untuk melepas. Eh berlepas -.-' 








Sementara tunggu dorang sampai balik dekat padang, macam-macam aktiviti dah disediakan untuk penduduk dekat sini. Untuk budak kecik, pertandingan mewarna, yang besar sket, sukaneka. Yang untuk parents pun ade, pertandingan tarik tali. yang ni aku join! haaa jap g aku cerita. Tengah aku syok-syok sembang dgn member aku, mak panggil suruh jage budak-budak mewarna sebab AJKnyaa pergi berlumba basikal -.-' Ya Allah, tahu-tahu je aku ni cikgu tadika suruh jage budak-budak ni. Tak pasa-pasal jadi urusetia program ni. Dapat laa tag. HAHA. Kesian kawan aku, tinggal dia mcm tu je. Dia merajuk balik rumah. 



Peserta berbasikal pun dah sampai. Dorang cycling sejauh 20KM tau. Perrghhh! Jauh kot. Okay now nak cerita pasal tarik tali. Mula-mula malas laa nak masuk, aku tengok badan semua besar-besar je kan. Takut la nak join. Kang team aku semua kecik-kecik memang terheret laa semua. Haha, pastu mak aku suruh jugak join. dengan perasaan malas g reg nama dekta kaunter. Semua tak kenal. Hahaha, perempuan ade 3 group. So perlawanan pun dah nak start. Bukak kasut bagai, amek tempat, pegang tali. 1 2 3 prittttt! Dum! jatuh kene tarik. HAHA:) sangat kelakar okay. gelak-gelak je makcik-makcik ni. Nama group yang tak boleh tahan tu. HOT MAMA! Apakah aku sekali HOT MAMA? hahaha. Gambar takde:( semua dekat abang cameraman. 

Matahari pun dah naik tinggi, sebelum balik kitaorang disajikan dgn makanan Sup Meletoppss! Perghh sedap gila habaq hang! Makan sekali nak sepuluh kali. Haha. Dah settle makan, cabutan bertuah pulak. Tapi sayangnya, dalam 60 lebih hadiah, 1 pun kami tak dapat :(  Bukan sebab tak bertuha tapi sebab tak beli pun no -.- Maka dengan itu, balik laaa aku sekeluarga ke rumah. Haha. Ahad yang sangat seronok. lepas ni dorang plan nak buat family day dekat PD pulak . Can't wait for that! Harap-harap jadi. Amin! :)



Sikit je gambar :( Camera takde bateri. Adik aku boleh tertinggal pulak chager dekat rumah kawan dia -.-'



Baju merah tu mama kita :) 

Okay itu je lahh nak kongsi cerita dengan korang. Lain kali aku update lagi. Assalamualaikum! :) Bai :*

*Muka tambah teruk dengan jerawat :( pori-pori semakin bertambah dan membesar! Benci tengok muka sendiri! 











Terima kasih sebab sudi bace entry menggarut and sudi singgah (:

Sunway Lagoon

Bismillahhirahmanirahim and Assalamualaikum. 


Haii. Awak sihat? Ohh samalaa. Kita pun sihat :) Alhamdulilah! Kita baru habis tengok Superspontan dekat utube. Kelakar habis. Haha, okay kita lambat gelak sebab tak dapat tengok dekat tv. Mak dah potong channel warna. Oh warna. Bila nak bg free lagi? K.... sayang Astro. Kalau bagi pun, lama la sket, sebulan ke setahun ke. Haha. Manusia. Selalu tak bersyukur. Astagafirulalhalazim. Siapa pernah pernah pergi Sunway Lagoon, kiss kita cepat! yang lelaki angkat tangan k. Haha. Kita pernah g 2 kali. Best gila weh. paling takut naik kapal. Dia pusing 360% yang tak boleh tahan tu. Jarit tak payah cerita laa. Terkeluar anak tekak kot kalau boleh laa. Hihi. Tapi masa kita pergi tu Surf beach tutup. Sangat rugi. Tempat tu la yang best. Tempat paling tak best wildlife park. Sungguh membosankan. Zoo lagi best. Haha. ohh kita tak amek package extreme park sebab mahal sgt. Tapi best! banyak aktiviti dekat extreme park. paintball, go-kart, mcm-2 laa lagi. 



Yang ni tak jumpa dekat mana -.-' Puas cari 


Okay cerita pasal theme park dia pulak. Paling best body slide dia. Perrghh ! Terbaik. Dalam banyak-banyak tempat mandi, Sunway paling syok. Memanglaa padan la pun dengan harga kan :p Dekat sana pun ade titi gantungkan. Panjang la jugak. And kalau korang perasan dekat tengah-tengah titi gantung tu ade dorang buat flying fox and bungee jump! hehe itu cubaan barani mati acctualy. Gila terjun dari titi sampi bawah. Errrr takpelaaa. Hihi. Tapi sape yang berani buat. kita Saluteeeeeeeee! Okay itu je lah nak share. Korang bawak laa family korang datang. yang bukan dari KL tu meh turun KL g sini. Sure best tak ingat. Kahkahkah.
   


Siapa minat SchAwal? Comel kan dorang! Ni ade video dorang dekat Sunway lagoon. And dorg buat Bungee jump tau. Awal takut sebenarnya, tapi demi cinta dia dekat Scha, dia sanggup terjun! Enjoy the video! :p Thanks for reading :) Assalamualaikum . bai:*






Terima kasih sebab sudi bace entry menggarut and sudi singgah (:

Twitter kita

Bismillahhirahmanirahim and Assalamualaikum.  


Semalam kemain seronok-seronok guling atas katil sambil layan twitter. Trending semalam kelakar #ApaGuna. Macam-macam dorang ni merepek. Yang kelakar ade. yang terkene dekat diri sendiri pun ade -.-' yang berunsur islamic :) Semalam jugak ade berita gempaq dekat twitter pasal SchaPretty dah meninggal. Aku dok kalut pikir sapa laa SchaPretty ni. Semua orang dah sedekah fatihah dekat dia. setengah lepas tu, Scha Pretty hidup balik! Apakah ?! Bodoh betul laa orang-2 yang mcm ni. Tak faham aku. Kalau betul Allah tarik nyawa awak tu. tak sempat nak taubat tau. Jgn la buat cerita-2 yang mcm tu. Tipu semua orang yang awak tu dah takde salam dunia ni. Haisshh! Okay followers dah naik 231. Alhamdulilah even tak ramai mana pun. Tweets dah cecah 8000++ Alhamdulilah!:) tapi kan T_T tadi kan, kita kan, lupa password twitter kita :( So kita dah buat twitter baru. Semua tanye kenapa. Sayang twitter lama. Syg followers lama. Syg tweet yang dah banyak-banyak tu. Tapi nak buat cmne kan. Terima dengan ghedo . So jgn lupa follow kita dekat twitter! :) A K M A ♥ .




Terima kasih sebab sudi bace entry menggarut and sudi singgah (: